About us

BMCoach.com.my ialah laman web yang menawarkan konsep tuisyen BM melalui e-mel yang dirintis dan dikendalikan oleh satu pasukan guru pakar Bahasa Melayu yang dirintis oleh Cikgu Suguz. Pasukan ini terdiri daripada guru-guru pakar BM dari seluruh negara yang memberi sumbangan dan perkhidmatan (seperti memeriksa karangan pelajar) melalui emel. Kami menyediakan bahan bacaan berkualiti (e-Bahasa), buku-buku revisi dan ramalan (e-Books), dan tuisyen eksklusif lagi intensif (e-Tuition). Ya, segala-galanya dilaksanakan melalui emel. Oleh itu, tuisyen Bahasa Melayu yang berkualiti ini dapat ditawarkan pada kos yang amat murah, jauh lebih murah daripada belajar di pusat-pusat tuisyen atau tuisyen di rumah (home tuition) !

Para guru kami merupakan pakar Bahasa Melayu yang ulung dan berdedikasi dari seluruh negara. Mereka mempunyai pengalaman hampir 20 tahun dalam pengajaran Bahasa Melayu bagi peringkat PMR dan SPM dan setakat ini telah memimpin lebih 20,000 pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan BM. Kini mereka secara berpasukan bergiat aktif dalam tuisyen melalui emel untuk menyalurkan perkhidmatan kepada pelajar di seluruh negara dengan bantuan teknologi telekomunikasi. Kami menggunakan teknologi untuk mengekalkan tradisi !

Kami menggunakan teknik-teknik pengajaran yang kreatif, inovatif, dan menarik bagi membantu para pelajar mengatasi masalah "apa yang hendak ditulis?" dan "bagaimana hendak ditulis?" Misalnya, Teknik SKL 767 kami telah membantu beribu-ribu pelajar mencapai keputusan cemerlang dalam BM SPM (rujuk bahagian EDUCATION, The Malay Mail; 14 Oktober, 2001).

 

Pada tahun 1999, Cikgu Suguz pernah muncul dalam Radio Malaysia (RTM) dan mengajar Teknik One Husband, Five Wives di udara. The New Straight Times, bahagian Youth Quake turut memberi liputan bagi Teknik SKL 767 dan melaporkan bahawa, "his students always score A1 or A2 in BM SPM," rujuk NST, 25 Jun, 2004.

Beliau turut mengajar pelbagai teknik lain yang unik bagi membantu pelajar. Antaranya ialah Teknik One Husband Five Wives, PEPSI, 7T, PREP, K6, IB6, S6, Teknik Cakos… dan banyak lagi. Terdapat lebih 20 teknik yang setiap satunya mempunyai peranan yang spesifik dalam membantu pelajar mengatasi masalah penulisan karangan. Dengan mempelajari teknik-teknik ini, mana-mana pelajar dapat memperoleh kecemerlangan dengan mudah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu PMR dan SPM.

Cikgu Suguz dan pasukannya mengendalikan laman web BMCoach.com.my yang didedikasikan bagi mengatasi masalah dalam pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan pelajar di seluruh dunia, terutamanya Malaysia, Singapura, Brunei, dan Indonesia.

e-Bahasa, e-Books, dan e-Tuition menanti anda. Silalah sertai tuisyen BM melalui emel yang lengkap bagi semua peringkat dan anda pasti tidak akan menyesal lagi !!

>> Gunakan Teknologi, Kekalkan Tradisi >>